Sunday, March 21, 2010

Mari NONTON "Leverage"

Yuuhuuuuuu.....
anda punyai banyak masa terluang???

Apa kata ..tgh boring2 ni, kita tontoni cite bersiri yg aku boleh kategorikan "boleh layan"..
Aku link kan sebahagian siri nya je la


LEVERAGE!... the art of con
ni ha, aku tlg wiki pasal cite ni (teknik memanjangkan cite dlm blog.. hu hu hu)

"Leverage follows a five-person team of thieves, computer experts and con artists, headed up by former insurance investigator Nate Ford, who use their skills to right corporate and governmental injustices inflicted on common citizens.."

Cite banyak tak guna... Layannnnn Zasssssssssssss!!!!

Saturday, March 13, 2010

Sayang kamu semua!





"nih utk blog kita..
24.2.2010..genap 31 tahun..
ibu berazam utk jadi ibu yg terbaik utk anak2 ibu..




isteri yg solehah utk abah...








...ibu berhasrat dlm hati.
....menanam teguh di sudut hati utk menjadi seperti nek ma..


..bersama nekma Along, Ein & Ayra

bagi ibu..
ma adalah seorang yg perfect,,walaupun ibu tahu itu adalah susah tapi ibu akan cuba..


..bonda Tuan Som Tuan Yusoff

ma buat untuk 6 orang anak..ibu hanya 3 orang..takkan tak mampu.
..ibu dapat sokongan yg kuat dari abah..




anak2 ibu adalah yg terbaik dalam dunia..
ibu ada suami yg amat menyayangi ibu..

ibu amat menyayangi abah,along,ein n ayra..






ahli keluarga kita yang terbaru.. Ayra Farhany



kasih ibu tiada tolak banding untuk kalian berempat..





apa saja sanggup ibu buat dan ibu yakin abah pun macam tu..
hidup ibu akan sepi tanpa kalian..



hanya Tuhan yang tahu betapa ibu amat menyayangi dan mencintai kalian.."

(Nik Zalina Mat Yasin, 13th March 2010)

Tuesday, March 9, 2010

Murtabak Maggi Kari hentam sajalah...

"Tuan2 & puan2..
hari ni rasa nak bercerita tentang
masak memasak..
tp bukan masakan yg kompleks tu
ala, masakan campak2 je..

since ramai yg dok tanya pasal Murtabak Maggi Kari tempoh hari,
rasa kasihan pulak.. ha ha ha,
Aku ambik resipi ni pun kat internet je.. mesra.net..
satu petang tu, rasa nak bagi anak2 minum petang
hasil 'air tangan Abah'..

tup tup tup.. dah siap.. ha ha ha


Murtabak Maggi 10.00



Bahan-Bahan:
2 peket Mee Maggi perasa kari
1 peket perencah Maggi kari
5 biji telur
100 gram daging cincang
1 tangkai daun saderi
1 biji bawang besar
½ peket serbuk rempah sup Adabi
1 sudu teh garam
Bawang cuka :
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji cili merah (di belah dua dan dihiris nipis)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Cara:
Celur mee maggi dan ketepikan. pukul lima biji telur dengan rempah sup, perencah kari, garam. masukkan daun saderi dimayang halus, bawang besar yang dipotong dadu dan daging cincang. Kacau hinga sebati. Sendukkan mee maggi (anggaran untuk sebiji murtabak) dicampur dgn 1 senduk campuran telur. Panaskan kuali leperkan adunan tadi dengan anggaran 1 1/4 inci tebal. balik-balikkan sehingga garing.

Campurkan semua bahan untuk bawang cuka dan simpan sekejap di dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan murtabak yang masih panas dgn bawang cuka.

pergh.. meleleh !!
Tambahan:
Boleh gantikan perencah kari dgn perencah ayam jika mahu kurang pedas.

..ni resipi utk org nak Murtabak Maggi Mewah.. muhahaha



.. dah siap pakai baju.. ha ha ha



versi aku, aku simplify kan lagik..

Utk 2 orang makan,
kacau telur 5 biji dalam mangkuk, asingkan separuh-separuh..
rebus maggi sampai lembut, toskan.. masukkan dlm kuali tanpa minyak
..dan digaulkan sekali dengan rempah kari dan daun sup yg dimayang..
bila dah sebati, masukkan telur (yg separuh tadi)..
masa ni, letak minyak sikit dlm kuali..
bila dah masak, asing kan..

Ambik separuh lagi bahagian telur tadi yang tinggal (utk buat kulit Murtabak)
utk buat kulit tu, buat mcm nak buat kulit nasik goreng Pattaya
.. kan dah siap, makan dgn Sos cili pun sodapp..

tadaaaaaaaaaaaa....


first attempt ni, aku terguna byk telur.. makan masa nak betul2 masak



Bye..

Monday, March 8, 2010

En Tom & En Jerry..

Ini pulak..
rancangan kartun kegemaran E-Ein..
sebenarnya, Abah pun suka ngan kartun ni,
maklumlah ni kartun dari zaman Abah kecik2 lagi..





Ein, kalau dah menonton..
mata tak berkelip2..
ibaratnya lah.. TUMPUAN yg amat.. ha ha ha





Paling abah tunggu2 ialah.. saat Ein suka..
'glekek suke' kata org Terengganu..
kadang2 ..Ein suka serentak ngan Along ,,
time tengok sama2..



William Hana (kiri) dan Joseph Barbera (kanan)


Abah nak cerita sedikit-sebanyak pasal Tom & Jerry ni..
Watak ni dicipta oleh 'atuk' William Hana dan Joseph Barbera
dulu kala lagi.. (1940-1959)
Ein kan dah tahu jalan cerita tu.. cuma versi sekarang ada lah..
lagi kemas dan cantik lagi lagi gambarnya
berbanding dulu kala tu..



versi dulu kala




Versi skrg




Jerry yg licik..



Cite ni, kalau 8 kali diulang kat Astro, maka 8 kali jugak la..
Ein akan tontonya..
tak kurang tak lebih!
ha ha ha
sampai Abah boleh cerita satu persatu turutan nya!!!

kadang2, Along akan muat turun gambar (mcm kat bawah)
..dan Ein akan warnakanya
pandai Along layan adik.. bab ni, abah puji!
mmmmm... "good boy!"






tadaaaaaaaaaaaa... xpayah beli colouring book!




Abah rasa, Ein akan suka kartun ni
sampai bila2 (sekali lg.. mcm Abah)
hu hu hu


Bye..

Henshinnnnnnnnnnn...


Aaaaa Ha,,,
Kali ni Abah nak bercerita pasal watak hero kesukaan Along!
En. Kamen Rider Kabuto (仮面ライダーカブト )
Kisah ni berdasarkan
"Kabutomushi" iaitu sejenis Kumbang Badak Bertanduk
dari Negara Jepun.. ha ha ha



Along percaya atau tidak..
Along boleh tak tidur seharian (sampailah pukul 1 pagi)
kalau dah mengadap siri cerita ni kat Youtube!
Along tanyalah Ayah Su, Ayah De, Ayah Chik..Ibu yg biasa temankan Along tu..
betul atau tidak?



"Kabuto... Henshinnn
Change Beetle
Change Hyper Beetle
1,2,3 Cast Off
Hyper Cast Off
Clock On
Clock Over
Rider Jump
Rider Kick
Rider sting
Rider Cutting
Rider slash
Maximun Hyper Clone
Maximum Rider Power (paling unggul la ni)"
..dan banyak lagi Mode Pedang ngan Mode Pistolnya.. ha ha ha

Ha..ingat lagi term2 ni yg bisa Along 'demo' kat Abah..??
Kalau demo kat E-Ein, alamatnya dapat 'Rider Kick la adik! adoiii...

ini adalah mode Hyper Cast Off

... lagi

keluarga besar Kamen Rider.. ha ha ha

Kesan sampinganya.. Abah sendiri dah 'terfollow' siri ni,
dek terlalu lama temankan Along kat Along kat depan komputer tu..
(bertuah Along dapat abah camni kan?)
ha ha ha
Tapi Best part nya.. time ni lah (menonton)..
Abah ngan Ibu dapat suap Along makan nasik..
barulah habis sepinggan!!
Abah tak kisah Along minat cerita ni, as long pemikiran Along berkembang
(sesuai la, Along kan masih budak..tak macam Abah!)

Abah doakan Along dapat belajar sampai ke Jepun!

Bye..


Sunday, March 7, 2010

Kelahiran Ayra :'-)

Ayra sayang..
15 Feb 2010
akan menjadi satu tarikh yg amat
Abah ingati..
kesempatan yg diberikan Dr Amir (Pakar Bius KMC)
untuk melihat saat2 kelahiranmu pada
pukul 9.45 pagi, seberat 3.45 kg
di bilik bedah..
cukup menginsafkan Abah..
akan kebesaran Ilahi..


Ayra sejurus keluar dari OT

satu peluang yg jarang2 diberikan kpd org lain..
Saat kelahiran Along dan E-Ein (dibilik bedah juga)..
tidak dapat disaksikan Abah..
Abah hanya dapat menunggu abang2 Ayra
diluar bilik bedah sahaja...
tapi yang penting,
kamu semua selamat!!!

...selesai dimandikan

Terima Kasih kepada Ibu Ayra yg berjaya mengawal
debaranya..
Ibu sanggup dibius separuh!
ini adalah kali pertama kalinya Ibu bersetuju dibius separuh
Ibu pada pandangan Abah adalah seorang
PEJUANG!!!

gambar Ibu sehari sebelum dibedah









Terima Kasih Vagg...!!!!

7 Mac 2010
10.25 a.m
first time bukak blog sendirik..
created by Puan Vagg, adiknya Ameliana Zainal..
Alkisahnya pada satu hari, aku ada suarakan padanya suh buat blog satu utk aku..
(masa tu aku tgh balas komen blog si Amy ni..)

"Amy: ha ah aku becadang gak nak berblog khusus utk anak2 baca.. Shegan la klu nak bg org lain baca.. syaye x pandai menulis, xpun tak pasal2 dapat 'org saiko' bc blog gua..

Vagg: bila ko senang2 nanti, ko create la satu layout blog shantek2 utk aku.. *wink*"

tup.. tup.. Vagg tanya "betul ke nak blog, aku tgh free byk masa ni!"

fucuk dichita, ulam mendatang.. ha ha ha
terus aku pilih tema yg vagg cadangkan dah hasilnya..
tadaaaa....

ok lah.. tulisan pertama ni aku nak ucapkan..
Terima kasih Cikguuuu Vagg..
(kalau ko bersalin pada 8 Mac 2010..
musti ko ingat tarikh aku start menulis ni..)

memang tema blog adalah coretan utk anak2
maksudnya.. anak2 aku akan baca progress kehidupan mereka..
dari kecik smpi ke dewasa (InsyaAllah)
tapi ada juga part utk kawan-kawan punya bacaan..
itupun kalau ada yg nak singgah..

Bye

Wednesday, March 3, 2010

assalamualaikum

Katesting ye.. testing sebenterrrr
Copyright © 2010 TIC.tac.TOE | Design : Noyod.Com | Icons by: FastIcon.com | Free Blogger Templates