Showing posts with label Food n Beverage. Show all posts
Showing posts with label Food n Beverage. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

Murtabak Maggi Kari hentam sajalah...

"Tuan2 & puan2..
hari ni rasa nak bercerita tentang
masak memasak..
tp bukan masakan yg kompleks tu
ala, masakan campak2 je..

since ramai yg dok tanya pasal Murtabak Maggi Kari tempoh hari,
rasa kasihan pulak.. ha ha ha,
Aku ambik resipi ni pun kat internet je.. mesra.net..
satu petang tu, rasa nak bagi anak2 minum petang
hasil 'air tangan Abah'..

tup tup tup.. dah siap.. ha ha ha


Murtabak Maggi 10.00



Bahan-Bahan:
2 peket Mee Maggi perasa kari
1 peket perencah Maggi kari
5 biji telur
100 gram daging cincang
1 tangkai daun saderi
1 biji bawang besar
½ peket serbuk rempah sup Adabi
1 sudu teh garam
Bawang cuka :
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji cili merah (di belah dua dan dihiris nipis)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Cara:
Celur mee maggi dan ketepikan. pukul lima biji telur dengan rempah sup, perencah kari, garam. masukkan daun saderi dimayang halus, bawang besar yang dipotong dadu dan daging cincang. Kacau hinga sebati. Sendukkan mee maggi (anggaran untuk sebiji murtabak) dicampur dgn 1 senduk campuran telur. Panaskan kuali leperkan adunan tadi dengan anggaran 1 1/4 inci tebal. balik-balikkan sehingga garing.

Campurkan semua bahan untuk bawang cuka dan simpan sekejap di dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan murtabak yang masih panas dgn bawang cuka.

pergh.. meleleh !!
Tambahan:
Boleh gantikan perencah kari dgn perencah ayam jika mahu kurang pedas.

..ni resipi utk org nak Murtabak Maggi Mewah.. muhahaha



.. dah siap pakai baju.. ha ha ha



versi aku, aku simplify kan lagik..

Utk 2 orang makan,
kacau telur 5 biji dalam mangkuk, asingkan separuh-separuh..
rebus maggi sampai lembut, toskan.. masukkan dlm kuali tanpa minyak
..dan digaulkan sekali dengan rempah kari dan daun sup yg dimayang..
bila dah sebati, masukkan telur (yg separuh tadi)..
masa ni, letak minyak sikit dlm kuali..
bila dah masak, asing kan..

Ambik separuh lagi bahagian telur tadi yang tinggal (utk buat kulit Murtabak)
utk buat kulit tu, buat mcm nak buat kulit nasik goreng Pattaya
.. kan dah siap, makan dgn Sos cili pun sodapp..

tadaaaaaaaaaaaa....


first attempt ni, aku terguna byk telur.. makan masa nak betul2 masak



Bye..
Copyright © 2010 TIC.tac.TOE | Design : Noyod.Com | Icons by: FastIcon.com | Free Blogger Templates