Tuesday, March 9, 2010

Murtabak Maggi Kari hentam sajalah...

"Tuan2 & puan2..
hari ni rasa nak bercerita tentang
masak memasak..
tp bukan masakan yg kompleks tu
ala, masakan campak2 je..

since ramai yg dok tanya pasal Murtabak Maggi Kari tempoh hari,
rasa kasihan pulak.. ha ha ha,
Aku ambik resipi ni pun kat internet je.. mesra.net..
satu petang tu, rasa nak bagi anak2 minum petang
hasil 'air tangan Abah'..

tup tup tup.. dah siap.. ha ha ha


Murtabak Maggi 10.00



Bahan-Bahan:
2 peket Mee Maggi perasa kari
1 peket perencah Maggi kari
5 biji telur
100 gram daging cincang
1 tangkai daun saderi
1 biji bawang besar
½ peket serbuk rempah sup Adabi
1 sudu teh garam
Bawang cuka :
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji cili merah (di belah dua dan dihiris nipis)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Cara:
Celur mee maggi dan ketepikan. pukul lima biji telur dengan rempah sup, perencah kari, garam. masukkan daun saderi dimayang halus, bawang besar yang dipotong dadu dan daging cincang. Kacau hinga sebati. Sendukkan mee maggi (anggaran untuk sebiji murtabak) dicampur dgn 1 senduk campuran telur. Panaskan kuali leperkan adunan tadi dengan anggaran 1 1/4 inci tebal. balik-balikkan sehingga garing.

Campurkan semua bahan untuk bawang cuka dan simpan sekejap di dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan murtabak yang masih panas dgn bawang cuka.

pergh.. meleleh !!
Tambahan:
Boleh gantikan perencah kari dgn perencah ayam jika mahu kurang pedas.

..ni resipi utk org nak Murtabak Maggi Mewah.. muhahaha



.. dah siap pakai baju.. ha ha ha



versi aku, aku simplify kan lagik..

Utk 2 orang makan,
kacau telur 5 biji dalam mangkuk, asingkan separuh-separuh..
rebus maggi sampai lembut, toskan.. masukkan dlm kuali tanpa minyak
..dan digaulkan sekali dengan rempah kari dan daun sup yg dimayang..
bila dah sebati, masukkan telur (yg separuh tadi)..
masa ni, letak minyak sikit dlm kuali..
bila dah masak, asing kan..

Ambik separuh lagi bahagian telur tadi yang tinggal (utk buat kulit Murtabak)
utk buat kulit tu, buat mcm nak buat kulit nasik goreng Pattaya
.. kan dah siap, makan dgn Sos cili pun sodapp..

tadaaaaaaaaaaaa....


first attempt ni, aku terguna byk telur.. makan masa nak betul2 masak



Bye..

6 comments:

Teacher Amy said...

owhhh,toloN saye...saye lapooooo!!
hish,letak pulak dah gambo nihh,aku tak tahan betol laa..dah pernah buat,tapi versi aku buat tu tak buat kulit dulu,just bakar/goreng sume skali lam frying pan...tapi bila tgk gambo yang hang buat ni,perghhh,syok habess...aku ingatkan murtabak kat pekan yg terkenal tuhh :))
apepon,TANIA rumi,TANIA ;D

Mohd Khairumi said...

olo.. kalau ko buat, tahap kacang rebus je ni.. sebelah tangan hupdet blog, sblh tangan buat MARTABAT ni..

Part paling aku suka, buat kulit ni la (AbaM belajar buat kulit ni ngan bapak saudara.. )

Owh, Murtabak kat Pekan tu Murtabak Makasar namanya,,, siyesss, memaM best..

Tania lagi? ha ha ha.. musti Iwang tersedak nasik goreM kat rumah skrg.. hu hu hu

Teacher Amy said...

weii,hang kene ajar aku bebetul wat kulit camaner...nasik goreng Pattaya aku penah makan laa,tp tak penah buat..mmg tangkap leleh tol nampak gambo MARTABAT hang nihh.Ngape masa aku datang ritu hang tak buat haa?? haa?? haa?? grr ;(
*haha,tension adalah biasa bila saya teringat makanan yang lazat2*

aduss,sakit buah pinggang aku bila ingat perkataan TANIA..si iwang pon satu..beli laa keyboard baru,macam la sengkek ngat,nama jer keje kat UMW..;p
*haha,ngumFat Fulak*
mintak2 iwang tak datang kat blog hang nihh :))

Mohd Khairumi said...

ko pukul telur macam biasa dlm 3 bijik.. panaskan sikit minyak dlm kuali, golekken minyak.. biar minyak kena sekeliling kuali

pastu buang/asingkan semua minyak tadi (minyak hanya sbg coating je)

letak telur yg d kacau tadikk (separuh), ratakan dlm kuali (golek lagi kuali tu)

bila dah masak, letak la isi MARTABAK, lipat tepi telur biar jadi 4 segi sama.. letak pinggan dlm kuali, telunkupkan martabak.. ulang step buat kulit tadi dr awal, utk tutup isi yg terdedah dlm pinggan tadi.. ko paham kan?

Teacher Amy said...

orait...
AIGEDIT,tenkiu
*I get it,thank you*

translate..mana tau kot2 tetibe blur ;p

Mohd Khairumi said...

(macam la aku tak sekolah arab!) ha ha ha

Copyright © 2010 TIC.tac.TOE | Design : Noyod.Com | Icons by: FastIcon.com | Free Blogger Templates